Wednesday, 31 July 2013

Khasiat Ubi Keledek

emmm.. sedapnya ubi keledek manis direbus... makanan fevret shin chan.. hehe.. tapi serius memang sedap..
keledek adalah makanan sihat dunia.. kenapa? kerana kandungan beta-karotena nya.. ada kajian telah menemui keledek boleh meningkatkan tahap darah vitamin A dan baik untuk kanak-kanak..

macam yang kita tahu keledek tidak semestinya berwarna oren macam gambar di atas tu.. baru je mintak kat En google.. keledek ada berwarna ungu.. yang berwarna ungu tu mengandungi anti-oksidan yang baik untuk radang terutama sekali di saluran penghadaman. sebab badan kita ni ada logam dan radikal oksigen yang boleh menyebabkan kita jadi tak sihat.. Keledek mempunyai Vitamin B6 yang boleh mengelakkan serangan jantung. Vitamin C pun banyak... Vitamin D didalam ubi keledek ini juga berperanan dalam tahap tenaga, mood kita, membina tulang yang sihat, hati, tekanan dan kulit kita..

ubi keledek mengandungi zat besi.. kandungan Magnesium didalamnya memainkan peranan penting sebagai mineral anti-stres. Sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit kencing manis, ubi keledek ini sangat sesuai untuk dimakan.. kerana kandungan gula semulajadi nya.. tetapi pengambilan ubi keledek ini perlu la bersederhana kerana apa-apa makanan pun boleh memudaratkan sekiranya berlebihan.. 

1 comment: