Sunday, 15 December 2013

Roti Kering a.k.a Roti Bakar

Assalamualaikum... Halluuuu..

entry hari ni adalah entry yang tah tak tau nak buat apa.. Roti kering.. pagi-pagi lagi dah kunyah roti ni.. walaupun hanya roti hiris biasa yang dihiris dan dibakar semula, tapi masih menjadi kesukaan saya yang kuat makan sekarang nih..

tadaa... gamba roti kerin yang diambil dar en.google..sori ye.. pinjam gambar..


roti kerin ni sebenarnya roti hiris yang atas nya telah disapu dengan mentega dan ditabur gula kemudian dibakar dengan oven selama tah tak tau berapa minit.. asal jangan hangus jer sudah la ye..

dulu-dulu, masa kecik mak selalu keringkan roti ni bawah cahaya matari.. tapi takde la sibuk nak letak mentega dan gula nih.. kalau letak jugak, tak tau mana semut bawak roti tu.. bila roti tu dah kering, kitorang makan la sampai licin.. sekarang kalau nak jemur roti tu rasanya dah tak sesuai.. dengan cuaca dan pencemaran udara sekarang boleh menambahkan perisa tambahan yang jarang-jarang didapati di pasaran.. iaitu perisa habuk tanah, kalau tak pun perisa eksos kereta.. 

so, perubahan mengikuti zaman adalah sangat diperlukan ye.. gunala oven tu.. kalau tak pun, microwave jadi jugak kot.. tak pernah guna mikrowave sibuk jugak nak kaitkan kat sini.. oleh kerana tak tau berapa lama perlu dibakar apa salah kta trial n error kan.. hehe.. 


ok.. bye.. sambung makan..

Sunday, 8 December 2013

sedapnye buah rambutan!!!!

Assalamualaikum...


hari ni nak cerita pasal buah rambutan.. sekarang saya dah masok 26 minggu pregnant.. kuat sangat makan buah.. tapi boleh ke makan buah rambutan??

saya sendiri pun tak pasti.. tapi saya makan je.. bila dah google2 ( tak tau la time pregnant ni dah jadi peminat ilmu pulak..kihkih!!).. rupa-rupanya tak boleh banyak sangat la makan rambutan nih... adoi... uhuhuu :'(

kenapa??


trimas en.google


sebab kandungan gula yang terdapat didalam rambutan adalah sangat tinggi.. jadi, untuk kite2 yang tengah pregnant ni tak baik la makan yang manis2 kan (kataku jer.. tp makan gak.. heheh)..tapi kan, rambutan ni boleh mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, demam,seriawan dan mengurangi uban dirambut..

mengubati kencing manis dari rambutan adalah dari bijinya sendiri..ade la prosedur nya.. demam dan seriawan pulak dari kulit nya.. manakala, mengurangi uban adalah dari daun nya..

so, sebagai peringatan saya sendiri.. mulai hari ini, kurangkan rambutan dalam sajian harian.. nak ke, check darah nanti kandungan gula dalam darah tinggi?? tak nak kan.. huhu..